Iklan

Khamis, 3 Februari 2011

Dosa & Maksiat: Kesan Terhadap Ibadah & Kehidupan


Judul : Dosa & Maksiat: Kesan Terhadap Ibadah & Kehidupan
Penulis :
Jaafar Salleh
Penerbit : Pustaka Ilmuwan
Harga : RM15.00
Sinopsis

Dosa adalah satu keadaan di mana seseorang itu melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t. dan ajaran Islam dengan kesedaran dan rela hati. Manusia yang melakukan tindakan demikian tetapi berada dalam keadaan tertekan tidak di katakan berdosa. Ini kerana kebertanggungjawapan adalah satu aspek penting dalam penentuan kebenaran di dalam Islam. Allah s.w.t. tidak meletakkan beban yang berat kepada hambanya sekiranya hamba tersebut tidak mampu menanggungnya.
Perbuatan dosa adalah perkara yang boleh dielakkan, ini menunjukkan bahawa tindakan manusia itu hanya berasaskan fikirannya sendiri. Tidak tertakluk kepada mana-mana faktor lain, tiada juga dosa semula jadi atau dari perwarisan. Perbuatan dosa yang berterusan akan menjadikan seseorang manusia itu semakin jauh dari jalan kebenaran dan boleh mengakibatkan kemurkaan Allah s.w.t. yang berterusan.
Semua dosa, kecuali mensyirikkan Allah, boleh diampunkan oleh Allah Yang Maha Pengampun. Seseorang manusia yang berdosa perlu menyesal seikhlasikhlasnya untuk tidak melakukan dosa dan bertaubat kepada Allah. Hamba tersebut juga perlu melakukan amalan yang baik sebagai sebahagian penebusan dosa yang telah dilakukan. Pintu taubat dibuka luas oleh Allah sehingga meninggalnya seseorang Muslim itu.
Firman Allah;
“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(an-Nisa’: 110)

Tiada ulasan: