Iklan

Jumaat, 14 Januari 2011

99 Nama Allah (Asmaul Husna)



Judul : 99 Nama Allah (Asmaul Husna)
Penulis :  Ana Al Faqir ILallah Abdul Aziz Ismail 
Muka Surat : 215
Penerbit : Pustaka Ilmuwan


Harga : RM15.00


Sinopsis


“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka serulah kepadaNya dengan nama-nama itu, dan pulaukanlah orang yang berpaling dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.”
(al-A’raf: 180)


Perkara penting sekali dalam pengabdian diri kepada Allah adalah keperluan untuk menggambarkanNya dengan nama-nama tertentu yang sangat perlu dan penting. Adalah tidak mungkin bagi kita untuk menyembah sesuatu yang tidak kita ketahui. Pengetahuan mengenai Asmaul Husna adalah sangat penting kerana ia membenarkan kita sebagai hambaNya untuk memahami Allah SWT dan mendalami ilmu hubungan antara Allah SWT dan dunia ini.
Pengetahuan yang betul dan tepat mengenai Allah akan membebaskan seseorang dari segala kebimbangan dan tahyul, serta dapat mengelak dari membuat anggapan yang tidak berasas mengenai Allah. Individu yang memahami dan mendalami pengetahuan mengenai Allah dengan maklumat daripada Maha Pencipta itu sendiri dapat mencapai tahap kejelasan dari sudut rohaniah dan jasmaniah.
Fungsi Asmaul Husna dalam fungsi ini adalah sangat bermakna. Belajar mengenainya dapat memberikan kita ilmu mengenai Allah SWT, di mana ia akan menghasilkan pokok kasih sayang dan keinginan yang tinggi. Pokok yang akan menghasilkan buah yang masak ranum di dalam hati, jantung, kaki, tangan, mata dan telinga. Buah ini adalah hasil tulus ikhlas rasa hormat kepada Allah, belas kasihan kepada hasil ciptaannya, pembebasan dari tabiat buruk, mengamalkan perbuatan baik dan berkorban segalanya untuk Allah Yang Maha Agung.

Tiada ulasan: