Iklan

Jumaat, 4 Februari 2011

Penawar Ketika Sakit & Menjelang Ajal

Judul : Penawar Ketika Sakit & Menjelang Ajal
Penulis :  
Muhammad Aiman al-Zuhairi
Muka Surat : 135
Penerbit : Pustaka Ilmuwan
Harga : RM10.00
Sinopsis


Melawat pesakit adalah satu amalan mulia yang dituntut di dalam Islam, dan ianya tidak ditetapkan kepada rakan taulan dan ahli keluarga si sakit sahaja. Oleh yang demikian, pesakit Muslim biasanya akan menerima ramai pelawat. Ini disebabkan bagi seseorang Muslim, melawat saudara seagamanya yang sakit adalah merupakan sebahagian dari ibadah yang akan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Untuk seseorang Muslim, seluruh hidupnya terdiri daripada ujian dan percubaan untuk manusia di mana tujuan terakhir utamanya telah ditentukan. Baginya, kematian merupakan pengembalian roh kepada pemiliknya dan penciptanya, Allah SWT dan kematian adalah perkara yang tidak dapat dielakkan lagi serta kehidupan akhirat sentiasa berada di benak fikirannya. Ini membolehkan seseorang Muslim menjalani kehidupannya dan beramal dalam perspektif yang betul dan senantiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan datang.
Di waktu kesengsaraan dan kesakitan, individu Muslim menjumpai ketenangan dan keselesaan apabila dirinya sentiasa mengingati Allah. Bagi si sakit, perkara ini boleh diganggu dengan perasaan sakit dan dia sangat menghargai teman-temannya dapat membacakan Al-Quran dan doa-doa yang dapat mengingatkan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Oleh kerana itu buku ini adalah panduan yang terbaik yang juga dimuatkan adab-adab yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dan doa-doa serta rukyah sebagai penawar musibah dan penangkal dosa. Semoga kaum Muslimin serta pembaca budiman dapat memilikinya dan tidak lupa mengamalkan, lantaran untuk mencapai erti kehidupan yang dilimpahi rahmat dan dijauhi kemurkaan Allah SWT.

Tiada ulasan: