Iklan

Rabu, 2 Februari 2011

Keajaiban Bersyariat & 20 Tanda-Tanda Murtad


Judul : Keajaiban Bersyariat & 20 Tanda-Tanda Murtad
Penulis :  
Muhammad Hafizi Hasbullah
Muka Surat : 142
Penerbit : Pustaka Ilmuwan
Harga : RM10.00
Sinopsis

Syahadah adalah rukun Islam yang pertama. Kepentingan syahadah ini kerana syahadah sebagai asas bagi rukun Islam yang lain dan tiang untuk rukun Iman dan Din. Syahadah menjadi roh, inti dan landasan seluruh ajaran Islam. Oleh sebab itu, sangat penting syahadah dalam kehidupan setiap Muslim.
Meninggalkan, melupakan atau meremehkan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu murtad. Murtad adalah satu penyakit yang amat berbahaya kepada umat Islam kerana ia seperti barah atau kanser kepada manusia. Yang perlu diberi rawatan rapi dan penjagaan yang teratur lagi berkesan. Jika tidak ia bukan sahaja boleh mencemarkan kesucian dan keagungan agama Islam, malah lebih dari itu ianya akan meruntuhkan seluruh umat Islam itu sendiri.
Murtad merupakan dosa besar yang dapat menghapuskan amal-amal soleh sebelumnya. Maka orang yang telah murtad tidak mempunyai apa-apa hak terhadap kaum Muslimin dan haram untuknya nikmat di akhirat bahkan mereka kekal dalam neraka di akhirat nanti. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wa Taala dalam surah al-Baqarah ayat 217;
Dan sesiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).

Tiada ulasan: