Iklan

Ahad, 12 Februari 2012

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa



Penulis : Ustaz Azhar Idrus
Tarikh Terbit: 13 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 200
Kategori: Menjawab permasalahan semasa

Khamis, 2 Jun 2011

Pengedar Barbican Tunjuk Bukti Halal

AHMAD menunjukkan sijil halal Barbican di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pengedar minuman jenama Barbican, Suria Wholesaler Sdn. Bhd. menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation (MIC) Sdn. Bhd. tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam tanpa rasa was-was.
Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, pihaknya mempunyai laporan kajian pengeluar minuman itu, Aujan Industries dari Dubai yang menyatakan ia bebas alkohol.
“Kami juga telah menghantar sampel minuman ini untuk ujian makmal di UPM (Universiti Putra Malaysia) minggu lepas dan keputusannya akan diketahui tidak lama lagi.
“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membuktikan minuman ini tiada alkohol dan selamat diminum oleh umat Islam,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya di di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


Sumber: 

Akhbar Kosmo! 1 Jun 2011

Selasa, 31 Mei 2011

Sekat Penjualan 'bir halal'



WALAUPUN minuman ini mempunyai label yang menyatakan ia halal diminum, ujian makmal kadar alkohol di dalamnya melebihi had yang dibenarkan oleh syarak.

KULIM – Masyarakat Islam dinasihat tidak minum sebarang jenis bir yang kononnya halal berikutan kandungan alkoholnya sudah melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Berdasarkan kajian, kandungan alkohol dalam minuman itu didakwa 0.05 peratus dan adalah haram untuk diminum oleh pengguna Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom sehubungan itu mengarahkan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri untuk memantau atau jika perlu menyekat penjualan bir tersebut dan beberapa jenis lagi minuman yang sama di pasaran.
“Dalam keadaan kita tidak pasti, lebih elok berhenti meminum minuman itu dan menjauhi diri daripada terperangkap dalam situasi yang mengelirukan.



Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


Sumber: 


Akhbar Kosmo! 30 Mei 2011